Suka Sambal Garing? Ini caranya untuk membuat Sambal Garing. Makanan anda pasti bertambah sedap!

Suka Sambal Garing? Ini caranya untuk membuat Sambal Garing. Makanan anda pasti bertambah sedap! Cara ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Zubaidah Hassan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Cili kering yang pedas.
  • Ikan bilis digoreng garing.
  • Bawang merah digoreng garing.
  • Bawang putih digoreng garing.
  • Garam secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Cuci dan toskan cili kering kemudian gorengkan dengan minyak. Jangan lama sebab cili kering cepat garing.
  2. Bila dah siap goreng. Kisar kering cili kering goreng tadi dengan sedikit garam. Guna garam halus tau.
  3. Kemudian, panaskan sedikit minyak antara 2 hingga 3 sudu makan dengan menggunakan api yang kecil.
  4. Masukkan semua bahan kacau sehingga sebati. Tunggu sehingga sejuk kemudian barulah disimpan dalam bekas kedap udara.
Baca juga :  Cara untuk membuat Daging Rangup (Crispy Beef) bersama Nasi Bawang yang akan buat anda terliur!

Dah siap. Makan dengan bubur pun sedap. Terima kasih atas perkongsian. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.