Cara untuk membuat Kepak Ayam Goreng paling sedap dan terasa aromanya sehingga ke tulang.

Ayam goreng ni setiap kali buat memang menjadi rebutan. Kalau hari-hari biasa, sememangnya inilah kegemaran kami sekeluarga. Yang best adalah bahagian kepak. Rasanya betul-betul meresap sampai ketulang. Bau gorengan pula sememangnya membangkitkan aroma yang akan membuatkan orang tak sabar nak makan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Atikah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kilo ayam bahagian kepak.
  • 1½ sudu besar serbuk cili.
  • 1 sudu kecil All Purpose Seasoning.
  • 1½sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1½ sudu besar serbuk Kari ikan.
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam.
  • Serbuk perasa 2 sudu kecil.
  • 2 tangkai daun kari.
  • Garam ½ sudu kecil.
  • Bawang putih 3 ulas ditumbuk halus.
  • Minyak masak untuk mengoreng ayam.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bebola Ubi Keledek Oren yang sangat lembut, sedap dan enak!

Cara membuatnya mudah sahaja:

  1. Perapkan ayam paling kurang 30 minit dengan semua bahan diatas. Perasakan dengan seimbang cukup manis masinya. Biarkan segala bahan tadi serasi dengan ayam seketika. Lagi lama perap lagi sedap.
  2. Kemudian, gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Pastikan minyak cukup panas untuk goreng ya. Gunakan api yang sederhana supaya ayam dapat masak dengan sekata.
  3. Bila dah masak dan warna bertukar ke kuning keemasan boleh la diangkat dan dihidangkan.

Anak-anak pun makan selalu menambah sebab ianya tidak pedas walaupun ditambah dengan serbuk cili apabila digoreng. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Baca juga :  Pasti semua suka makan aiskrim kan? Jom buat sendiri Aiskrim Vanilla Oreo Ala-ala McFlurry. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.