Cara untuk membuat Popia Bergedil Sambal Kicap

Kami nak kongsikan kepada anda pagi ni menu minum petang ataupun sarapan pagi yang sangat menyelerakan. Anak-anak pasti suka. Terima kasih Puan Rozmaliza Omar untuk resepi ini. Kata beliau lagi’

Minum petang buat Popia Bergedil ni cicah pula dengan sambal kicap. Memang laju makan. Puas hati buat sendiri, dapat makan ramai-ramai. Banyak pula tu dapat. Jom tengok resepi ni dan jangan lupa cuba ya.

Bahan-bahan asas yang diperlukan adalah:

  • 1 bungkus kulit popia dan dipotong dua.
  • 3 biji telur ayam untuk salutan roti nanti.
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Bergedil:

  • 4 biji kentang besar.
  • 400 gm daging kisar Ramly.
  • 4 sudu besar bawang goreng.
  • Daun sup atau bawang dipotong halus.
  • 1 sudu kecil lada sulah.
  • Sedikit garam.
  • 2 biji cili besar merah dipotong halus.
Baca juga :  Cara membuat Ketupat Pulut Hitam. Makanan yang disukai oleh semua orang!

Bahan-bahan untuk membuat sambal kicap:

  • 1 mangkuk kicap manis.
  • Cili api ikut pedas.
  • 1 ulas bawang putih.

Bahan-bahan sebagai Hiasan:

  • Cili padi dipotong.
  • Daun sup dipotong kasar.
  • 1 sudu besar bawang goreng.

Cara-Cara untuk membuatnya:

  1. Kentang dipotong nipis dan digoreng sehingga empuk dan lembut. Masukkan kedalam mangkuk, lecek kentang goreng tadi sehingga lumat kemudian masukkan daging kisar, daun sup atau bawang, bawang goreng, cili merah, lada sulah, perasa dan gaul kesemuanya sehingga rata.
  2. Ambil kulit popia dan lipat sedikit dibahagian atas kemudian letakkan inti dan gulung bergedil bersama kulit popia tadi.
  3. Pukul telur dan tambah sedikit perasa, celupkan popia bergedil tadi ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang telah dipanaskan.
  4. Apabila warna telah bertukar kepada kekuningan terus angkat dan bolehlah dihidangkan. Tabur sedikit daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Goreng Sayur yang sedap. Sesuai untuk sarapan dan minum petang anda.

Cara untuk membuat sambal kicap:

  1. Tumbuk cili padi dan bawang putih sehingga lumat.
  2. Panaskan periuk dan masukkan kicap dan cili yang ditumbuk.
  3. Masakkan cili kicap sebentar taip jangan sampai mendidih. Siap untuk dimakan bersama popia bergerdil tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.